Sejarah Datuk Yusuf Taiyoob


Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd...Yusuf Taiyoob Sdn BhdKesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.

Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.

Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.

10 Cara Praktikal Jimat Duit Dengan Mudah

Saya rasa amat penting dedahkan beberapa tip pengurusan kewangan yang simple serta mampu dilakukan oleh semua orang. Mentor saya menyatakan betapa pentingnya kita hargai duit kerana ia adalah rezeki tuhan yang perlu diurus dengan baik tanpa perlu membazir. Sehubungan itu saya sukacitanya mendedahkan 10 tips jimat duit dengan mudah :

1. Amalkan taktik minta diskaun atau runding harga (negotiate) apabila beli barang fizikal di mana-mana tempat yang sesuai. Tak salah mencuba, jika dapat diskaun dan harga lebih rendah dari yang asal maka ia merupakan satu bonus keuntungan pada kita. Saya selalu minta diskaun bila beli barang di Rantau Panjang atau di sebelah Danok, Thailand. Bawa balik barang dengan harga rendah dan kemudian boleh jualnya kembali dengan harga yang lebih baik. Apapun teknik minta diskaun atau runding harga ini boleh diamalkan untuk kebaikan kita semua.

2. Menggunakan online coupon dalam membeli secara online di Internet. Bagi mereka yang suka online shopping ni boleh guna pelbagai mcm jenis kupon di Retailmenot.Com , DailyDeals.Com , MyCoupons.Com dan sebagainya. Saya selalu juga guna kupon diskaun online untuk beli domain, hosting & apa jua berkaitan produk digital. Beli dengan harga rendah dan jimat duit untuk disimpan bagi kegunaan lain-lain aspek.

3. Beli barang sewaktu promosi awal atau bersifat seasonal. Ini penting sewaktu kita nak beli produk di musim promosi perayaan. Misalnya sewaktu Mega Sale Malaysia mempunyai banyak barang diberi potongan harga sehingga 70% di tempat terpilih seperti di Sogo, Jusco, Parkson, Carrefour dan sebagainya. Saya pernah beli sofa L shape, meja workstation beserta kabinet 4 laci dengan potongan harga 30% sewaktu awal promosi. Ia cukup bermakna kerana model tersebut amat cantik dan tahan lama. Saya rebut dalam masa yang strategik dengan harga rendah dan selepas itu tiada lagi tawaran seumpamanya lagi. Beruntung kerana ia takkan sama lagi dengan harga yang tinggi selepas itu…

4. Jimat bil elektrik dengan menggunakan monitor lcd crystal/plasma (nipis) berbanding monitor crt (shotgun) yang menggunakan banyak kuasa. Sila ‘unplug’ atau tanggalkan semua plug barangan elektrik (tv, pc, laptop, charger etc) apabila keluar rumah atau semasa barangan elektrik tidak digunakan dan ini boleh menjimatkan 2% atau sehingga RM100.00 setahun.

5. Jimat penggunaan petrol kereta anda dengan memastikan tayar kereta sentiasa mempunyai tekanan angin yang cukup setiap minggu dan ini mampu menjimatkan gas mileage sehingga 2% atau boleh juga kurangkan penggunaan aircond jika perlu. Saya selalu tutup aircond kereta lebih awal apabila hampir sampai ke destinasi dan ini juga mampu mempengaruhi penggunaan petrol yang lebih menjimatkan. Boleh juga mencuba pengangkutan awam (bas + lrt + monorail) sekali sekala untuk elakkan jalan yang sesak, bayaran parking yang mahal serta lain-lain. Bagi yang ada motosikal atau basikal juga digalakkan guna seoptimum mungkin jika ianya praktikal dari segi masa, kos & tenaga.

6. Jimat duit dengan menggunakan barangan second hand atau lelong. Saya rasa ini cukup praktikal memandangkan sudah banyak web berkaitan lelong atau jual barangan second hand dengan harga yang amat murah. Boleh cuba di Mudah.My atau di Lelong.Com.My yang banyak menyediakan list senarai barangan hangat seperti hp, jam, game ps2/3 , wii, xbox, buku serta lain-lain yang amat menarik. Kawan saya telah berjaya membeli handphone Nokia model baru dengan harga yang rendah dan ini jauh lebih menjimatkan daripada membelinya di kedai biasa. Walau bagaimanapun berhati-hati semasa membuat pembelian online pastikan reputasi penjual diketahui sebagai langkah berjaga-jaga.

7. Berhenti dari ‘menjhanamkan’ badan kita dengan makan di luar maupun di restoran fastfood McD, Kfc, Pizza Hut dan sebagainya.. Belajarlah masak sendiri dan makan di rumah dengan bahan makanan yang lebih organik dan asli. Ini satu pendekatan yang positif dalam kehidupan untuk jangka masa panjang. Saya rasa makanan di luar sana penuh dengan bahan kimia, perasa, perisa, warna yang boleh menyebabkan kencing manis, kerosakan buah pinggang malah lebih teruk kanser atau barah. Cuba tengok makanan di mana-mana restoran fastfood sudah tentu punya kandungan gula yang tinggi, garam yang berlebihan serta perasa ajinomoto maupun bahan-bahan kimia yang boleh men*******kan kesihatan badan kita. Sebab itulah cuba berhenti atau minimumkan pergantungan pada makanan fastfood serta banyak makan makanan sendiri di rumah. Bawa bekal sendiri jika boleh, mula hargai kesihatan serta kawal kalori yang berlebihan, bila kita di’asuh’ kurang makan berlebihan saya pasti badan lebih sihat dan cergas. Dan ini satu bonus untuk kita mempunyai badan yang cergas serta otak yang berfungsi pada tahap optimum.

8. Sentiasa monitor perbelanjaan bil utiliti seperti telefon, letrik, air, astro, internet dan lain-lain yang berkaitan. Adakalanya Astro x perlu sangat (kenkadang movie di hbo, starworld, cinemax sentiasa berulang dan membosankan) malah dengan Internet saja kita boleh lihat tv atau radio online di seluruh dunia. Malah jika saudara merupakan seorang kaki internet sudah tentu akan menemui lubuk-lubuk download movie & music percuma yang berlambak di Internet. Saya cadangkan alternatif untuk buat keputusan berani untuk tutup Astro dan jimat duit anda dengan menggunakan Internet Broadband secara optimum di tempat anda. Ini sekadar pandangan peribadi saya yang memang berdepan Internet lebih banyak daripada tv. Hiburan di Internet pun sudah mampu menggantikan tv tidak lama lagi. Saya melihat Internet kini mampu menjadi hiburan One-Stop-Center yang amat murah. Manakala penggunaan air, letrik dan telefon boleh dijimatkan dengan pelbagai cara yang lebih praktikal. Elak pembaziran yang melulu, sentiasa hargai nikmat dengan sepenuhnya. Apabila kita tahu bil perbelanjaan bulanan kita sudah tentu akan menemui banyak ruang yang boleh dijimatkan.

9. Berhenti merokok, isap sishar, hidu gam atau berhibur tgk wayang atau lain-lain bentuk ‘keseronokan’ yang mana ia tidak mendatangkan faedah untuk jangka masa panjang. Jika dapat berhenti rokok mmg akan beri kelebihan untuk simpan duit lebih banyak setiap bulan serta badan lebih sihat dan bebas penyakit kronik spt kanser, darah tinggi dan sebagainya. Manakala tgk wayang ni saya rasa boleh kurangkan terus kerana ia lebih banyak membazir sedangkan kita boleh download movie di Internet. Zaman skrg kita perlu cari alternatif yang murah dan praktikal serta jadikan rumah atau workstation anda one-stop-center hiburan movie/music dgn lcd/tv plasma dan set karaoke etc (beli semasa promosi mega sale).. dengan itu kita tak perlu buang duit setiap bulan tgk video baru di cinema maupun berkaraoke di redbox etc setiap tahun.. Ini just cadangan saja, saya rasa dengan teknologi skrg kita boleh ada home entertainment yang setanding dgn wayang dan pusat karaoke di luar sana. Jika mahu bersiar-siar di luar maka rancanglah perlancongan domestik di dalam negara yang penuh dengan kecantikan alam semulajadi dan itulah sebaik-baiknya.

10. Guna kad kredit dengan bijaksana dan kumpul point untuk redeem barangan yang berharga. Walaupun kad kredit tidak bagus kerana ia antara penyebab ‘overspending’ dalam pengurusan kewangan, namun kita perlu berdisiplin untuk memastikannya ia berjaya menjadi alat kewangan yang baik. Saya tidak galakkan korang mempunyai banyak kad kredit sangat sbb ia ada yearly fee sebanyak RM50 utk kad utama dan RM25 utk kad supplementary. Oleh itu saya cadangkan korang ada 1 atau 2 jenis kad kredit sahaja sama ada Visa atau Mastercard. Jika ada lebih dari dua maka boleh cancelkan kad tersebut dan focus kepada kad yang lebih baik.Pastikan bayar full dan JANGAN bayar minimum sahaja setiap bulan. Ini satu kesilapan besar bagi pengguna kad kredit. Saya sentiasa disiplinkan diri untuk bayar full sebelum penyata keluar dan kita tidak akan dikenakan apa-apa caj interest. Ini satu kelebihan kad kredit di samping dapat redeem point dengan barangan berharga yang ditawarkan oleh pihak pengeluar kad kredit.Panduan guna kad kredit ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai aliran tunai surplus @ lebihan setiap bulan. Jika korang sentiasa defisit maka saya sarankan korang gunting saja kad kredit itu kerana ia bukan alat kewangan yang membantu. Saya x mahu lihat ada lagi yang muflis sbb kad kredit ini. So dalam masa yang sama ada pros & cons mende ini, yang penting ketahui aliran tunai (cash flow) anda setiap bulan memudahkan perancangan kewangan yang tepat dan baik. Tip saya guna kad kredit ini bertujuan untuk redeem point terutamanya voucher petrol sehingga RM50 yang mana boleh menjimatkan kos petrol anda hanya dgn taktik berbelanja berhemah dengan kad kredit.

Menghasilkan Wang Dengan Google Adsense

Program Google Adsense adalah tidak kompleks atau sukar untuk memahami. Dalam istilah sederhana orang membayar Google untuk menempatkan iklan. Google kemudian akan membayar halaman untuk menjadi tuan rumah iklan. Dengan kata lain, Google mencari tempat untuk memaparkan iklan Adsense dan anda tawarkan untuk menjual ruang iklan Adsense di laman anda ke Google. Google adsense adalah sebuah program pengiklanan di mana anda dibayar ketika orang mengklik iklan yang anda tempatkan di laman web anda dan blog. Anda mungkin telah melihat iklan tersebut adsense kecil pada laman web yang anda lawati.

Ketika Adsense iklan diletakkan pada laman web, hanya Adsense iklan yang relevan ke laman akan dipaparkan. Jika laman anda adalah tentang epal maka Adsense iklan yang berkaitan dengan epal akan ditunjukkan. Anda tidak akan mendapatkan iklan Adsense yang berkaitan dengan kereta, kapal, dll Hal ini membuat win-win-win situasi dengan iklan Adsense. Google dibayar ketika iklan Adsense mendapat klik, pemilik laman web akan dibayar oleh Google dan pelanggan mencari iklan yang berkaitan dengan apa yang mereka cari. Jumlah yang anda dibayar untuk klik pada iklan Adsense bergantung pada apa yang orang membayar Google. Semakin mahal kata, semakin banyak wang anda akan mendapatkan bayaran untuk iklan Adsense. Walaupun tidak tepat, umumnya anda menerima sekitar 50% dari tawaran bahawa Google sedang dibayar.
Bermula Dengan Adsense Langkah pertama untuk memulakan dengan Google Adsense adalah untuk membina baik sebuah website atau blog. Jika anda memerlukan tempat yang murah untuk mendapatkan nama domain atau host kunjungi website: Powder Sungai Domain.
Setelah anda mempunyai website atau blog anda pergi ke http://www.google.com/adsense. Anda boleh mendaftar untuk mendapatkan akaun percuma. Perjanjian akaun Adsense anda biasanya cepat namun mungkin diperlukan waktu hingga beberapa hari. Jika anda diluluskan untuk Adsense anda akan mendapat sebahagian daripada kod HTML yang anda hanya tempat ke web anda atau laman blog, di mana anda ingin iklan Adsense untuk muncul.
Untuk membuat wang yang paling banyak dengan Adsense anda perlu menguji iklan anda dengan cuba warna yang berbeza daripada teks, tajuk, URL dan penempatan iklan Adsense di laman anda. Setiap halaman anda akan menukarkan lebih baik dengan warna yang berbeza dan kombinasi penempatan.
Pastikan anda membaca Peraturan untuk Google Adsense. Salah satu peraturan Adsense besar yang membuat orang-orang dalam kesulitan yang mengklik iklan adsense yang laman web mereka atau mengatakan atau menyarankan bahawa pengunjung ke website mereka mengklik iklan. Google memiliki kemampuan untuk mengesan ini dan anda akan tertangkap dan kehilangan kemampuan untuk menggunakan Adsense.
Membuat Uang Dengan Adsense Jika anda berfikir menghasilkan wang di Internet sukar, fikirkan lagi. Menggunakan Adsense anda boleh menetapkan website anda, menempatkan iklan Adsense di atasnya, mengarahkan lalu lintas yang relevan untuk itu dan menghasilkan wang. Program terbaik yang saya telah mendapati bahawa akan memperkenalkan, menjelaskan dan mengajarkan anda bagaimana membuat wang dengan Adsense adalah Profit Lance. Ada orang membuat beberapa dolar sebulan untuk dolar $ 1000 sehari dengan Google Adsense.
Ini adalah langkah-langkah asas yang digunakan oleh pemasar Adsense sukses untuk mencapai pendapatan Adsense lebih dari $ 100 sehari. Pertama: Target anda website atau blog untuk niche tertentu. Kedua: Sesuaikan warna iklan Adsense dengan warna laman web anda. Ketiga: banyak Drive berkualiti tinggi lalu lintas yang disasarkan ke laman web anda. Lihat halaman kami tentang cara Meningkatkan Traffic Website untuk maklumat tentang banyak menghasilkan lalu lintas.
Seperti yang dapat anda bayangkan mungkin memerlukan banyak masa untuk membuat pelbagai laman dan blog untuk menempatkan iklan Adsense di. Kami menemukan dua alat - HyperVRE dan Wordpress Adsense System - yang boleh membantu mempercepatkan proses up. Kami mengesyorkan anda meninjau alat ini jika anda serius ingin menghasilkan uang dengan Adsense.
Untuk meninjau kunjungi tools: www.InternetMarketingPlaza.com [http://www.internetmarketingplaza.com/store/1788249/page/1088906]
Kirk McCormick adalah pengarah Enteprises Amerika Utara, Inc sebuah syarikat Internet antarabangsa pemasaran. Beliau terlibat dalam pelbagai aspek pemasaran Internet. Ia juga kajian dan menulis tentang Internet Marketing. Untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang Internet Marketing kunjungi: [http://www.internetmarketingplaza.com]

Lambaian Kasih Sesama Insan


Harap kita kan bersua lagi
Dilaman fantasi ini
Mainan jiwa sang pungguk dan bulan
Dengan suka dan duka kita kongsi bersama
Luahan mengikut emosi
Kadang kadang gundah gelana
Kadang kadang seperti di alam syurga
Harap biar la begini seabad lamanya
Mengikat salin mengikat
Uraian takan padam untuk selama lamanya

KEUTAMAAN DIRIKU SEORANG ISLAM


Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah

RAHSIA BULAN KELAHIRAN DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Sejarah Kegiatan Tulisan Dunia

Bangsa Sumeria dikenal sebagai bangsa pertama yang melakukan kegiatan tulis menulis di dunia. Sekitar 3000 tahun sebelum masehi, mereka terbukti telah membuat ukiran diatas tanah liat , yang dipercaya berisikan simbol-simbol yang merepresentasikan angka-angka. Selanjutnya bangsa kedua yang juga turut mengembangkan kegiatan tulis menulis ini adalah bangsa Mesir Kuno yang membuat tulisan hieroglyph, atau tulisan paku, tepatnya sekitar 2100 sebelum masehi. Bangsa Mesir Kuno ini pula yang akhirnya berhasil menemukan cikal bakal papyrus, bahan asas kertas yang sekarang dipergunakan oleh seluruh penduduk dunia untuk kegiatan tulis menulis.

Karenah Wanita


Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

KAMBING HITAM DAN KAMBING PUTIH

-->
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja" 
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih." 
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)


PARKING PALING MURAH

-->
Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000
"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu.
"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul
Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.
Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.
"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.
"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.
Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya.

JIKA ANAK KITA

Jika anak kita hidup dalam kesabaran,dia belajar menjadi penyabar,
Jika anak kita hidup dalam penerimaan,dia belajar menyayangi,
Jika anak kita hidup dalam pujian,dia belajar menghargai,
Jika anak kita hidup dalam galakan,dia belajar menjadi yakin,
Jika anak kita hidup dalam kritikan,dia belajar menyalahkan orang lain,
Jika anak kita hidup dalam kekasaran,dia akan belajar melawan,
Jika anak kita hidup dalam ketakutan,dia belajar menjadi pengecut,
Jika anak kita hidup dalam iri hati,dia belajar merasa bersalah,
Jika anak kita hidup dalam persetujuan,dia belajar menyayangi dirinya,
Jika anak kita hidup dalam pengiktirafan,dia belajar bahawa ada baiknya ada maklamat,
Jika anak kita hidup dalam kejujuran,dia belajar tentang kebenaran,
Jika anak kita hidup dalam keadilan,dia belajar menjadi adil,
Jika anak kita hidup dalam keselamatan,dia belajar yakin pada diri dan orang lain,
Jika anak kita hidup dalam kemesraan,dia belajar bahawa dunia ini adalah tempat membahagiakan,

Tanya lah pada diri........
Adakah kita menyediakan persekitaran yang memberangsangkan,
Untuk anak-anak kita hidup cemerlang?

Mahu Kawin

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!

Belajar Inggeris



Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B Inggeris utk thn 1. dia bagi
assignment kat murid2x suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada
hari isnin nanti. ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik ke
rumah. dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari
kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. dia terdengar lelaki tu
menyergah "Shut up you !!" sampai rumah dia tanya bapa dia, shut up you tu
bhs inggeris ke. bapa dia kata, iye. dapat dah satu perkataan, ingat budak
tu. lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita superman. masa supermaan
nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapak dia lagi, superman tu
bhs
inggeris ke..dan bapa dia kata yes. dua perkataan dah, kata budak itu.
lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. dia nampak ada sorang lelaki dan
sorang
pompuan sedang bertengkar berebut buku. pompuan itu kata "Ladies first"
balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bhs inggeris. Ah, lega
nya kata budak itu.
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru. Cikgu :
OK boy, did you get the words? Budak: Yes, teacher. Cikgu: Good, what is
your first word? Budak : Shut up you !!! Cikgu: What did you say? Are you
mad? Who do you think you are? Budak: Superman !!! Cikgu : Bloody fool! Get
out from this class Budak: Ladies First ...hehehh

Tinggalkan Lima Perkara

Tinggalkan pandangan yang liar,nescaya anda tekun dan khusyuk.

Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan,nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.

Tinggalkanlah makan yang melampaui batas,nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.

Tinggalkanlah melihat cacat orang lain,nescaya anda akan lebih mengenal cacat sendiri.

Tinggalkanlah penyelidikan yang terlampau mendalam tentang ZAT ILAHI,nescaya anda terhindar dari keraguan keraguan dan kemunafikan.

Empat Darjat Manusia

  • Manusia yang tahu,dan dia tahu bahawa ia tahu.Yang demikian ialah manusia yang berilmu,yang boleh dijadikan pemimpin.
  • Manusia yang tahu,tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur,dan perlu dibangunkan.
  • Orang yang tidak tahu,dan dia tahu dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya perlu menjadi cerdas.
  • Orang yang tidak tahu,dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dijauhi.